

SELAMAT MAJU JAYA
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Adalah dimaklumkan Encik Mohamad Shalehudin bin Mohamad Nodin, Eksekutif Akademik dari Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM Johor telah menamatkan perkhidmatannya pada 4 September 2025. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau…

SELAMT BERTUGAS
Assalamualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa Cik Nisrina Atirah bin Abd Razak telah dilantik sebagai Eksekutif, Bahagian Undang-Undang dan Integriti, UTMSPACE Johor berkuatkuasa pada 2 September 2025. Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan…

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih
UTMSPACE ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Encik Mohamad Hairudin bin Shahari atas khidmat dan jasa bakti sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Pendaftar / Pengarah Operasi dan Sumber Manusia UTMSPACE yang berakhir pada 31 Ogos 2025 kerana penempatan semula ke UTM. Sekian, terima kasih.

SELAMAT BERTUGAS
Assalamualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Muhammad Amir Syafiq bin Idris telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Aset dan Fasiliti, UTMSPACE Johor berkuatkuasa pada 7 Ogos 2025. Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang…

TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN SEMULA SEBAGAI PENGURUS, BAHAGIAN ASET & FASILITI, UTMSPACE KUALA LUMPUR
UTMSPACE ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ts Michelle Zainab Baird di atas pelantikan semula beliau sebagai Pengurus, Bahagian Aset dan Fasiliti, UTMSPACE Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2026.

PERINGATAN MESRA: PEMAKLUMAN PROSES PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK 2025
Dengan segala hormatnya emel Pemakluman Proses Kenaikan Pangkat Staf Akademik yang telah dihantar pada 16 Julai 2025 adalah dirujuk dan berkaitan. Dimaklumkan bahawa Dokumen Kenaikan Pangkat Staf Akademik yang telah lengkap perlu dihantar kepada Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia atau emelkan ke hrmgroup@utmspace.edu.my selewat-lewatnya 31hb. Julai 2025 (Khamis). Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PERINGATAN MESRA: PEMAKLUMAN PROSES PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT BUKAN AKADEMIK 2025
Dengan segala hormatnya emel Pemakluman Proses Kenaikan Pangkat Staf Bukan Akademik yang telah dihantar pada 16 Julai 2025 adalah dirujuk dan berkaitan. Dimaklumkan bahawa Dokumen Kenaikan Pangkat Staf Bukan Akademik yang telah lengkap perlu dihantar kepada Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia atau emelkan ke hrmgroup@utmspace.edu.my selewat-lewatnya 31hb. Julai 2025 (Khamis). Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Adalah dimaklumkan Encik Muhammad Aliff Haikal bin Mohd Farid, Pembantu Tadbir dari Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE UTM Johor telah menamatkan perkhidmatannya pada 15 Julai 2025. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya…

PERTUKARAN BAHAGIAN
Assalammualaikum w.b.t Sukacita dimaklumkan bahawa Encik Abdul Azim bin Mohamed Hashim telah berpindah dari Bahagian Pentadbiran, UTMSPACE Kuala Lumpur ke Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan, UTMSPACE Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 17 Julai 2025. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, terima kasih.