March 28 2017 0Comment

MAJLIS PELANCARAN TABUNG BIASISWA UTMSPACE DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN GOLF AMAL UTM 2017

Majlis Pelancaran Tabung Biasiswa UTMSPACE julung kalinya diadakan dan dirasmikan oleh YBHG. TAN SRI ABDUL HALIM BIN ALI, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UTM. Dalam majlis yang sama juga penaja yang telah menyertai kejohanan golf amal UTM turut diraikan. Objektif penubuhan Tabung Biasiswa UTMSPACE adalah sebagai satu usaha tanggungjawab sosial korporat kepada mahasiswa dan pelajar UTM yang mencapai kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian mereka. Mahasiswa dan pelajar yang terpilih perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pengurusan akademik UTMSPACE.

UTMSPACE berhasrat dengan mewujudkan Tabung Biasiswa ini bagi membiayai pelajar yang berkelayakkan untuk meringankan beban mereka dalam menampung kos sara hidup sepanjang temph pengajian di UTM. Para pelajar yang akan mendapat manfaat daripada dana biasiswa ini adalah mereka berprestasi tinggi dalam akademik namun, kurang berkemampuan untuk menampung kos pengajian. Sehubungan itu, Kejohanan Golf Amal UTM ini diadakan bagi menggalakkan syarikat-syarikat korporat serta pemegang taruh untuk membantu para pelajar yang memerlukan untuk membantu mereka untuk terus cemerlang dalam bidang akademik.

Penganjuran majlis ini juga adalah kerjasama dengan UTM Alumni bagi  mendapatkan penajaan dalam aktiviti kesukanan melalui kejohanan golf. Kejohonan seperti  ini mampu menjalin hubungan baharu dengan pemain utama industri dan agensi luar. Selain menjana kutipan dana pertandingan golf amal dapat mempromosikan UTMSPACE secara tidak langsung. Penajaan dari sektor korporat telah berjaya mengumpul sebanyak RM 1.15 juta   menggambarkan jaringan antara universiti dan industri yang kuat terjalin sejak dahulu lagi.

Berikut adalah mahasiswa dan pelajar penerima biasiswa:

       

   

Bil Nama Institusi
1           WONG WEI KENG                                              KOLEJ SPACE
2           EDDRINNI SOFIAH BINTI MOHD NASIR        KOLEJ SPACE
3           ANITH SOFIAH BINTI DARASID                     KOLEJ SPACE
4           GOH YONG SHENG                     UTMSPACE (PUPW DIP.)
5           LOIS CHONG XIAO SHIUAN       UTMSPACE (PUPW DIP.)
6           NOR IZZAH BINTI ROSLEE         UTMSPACE (PUPW DIP.)
7           NUR SYUHADA BINTI ISMAIL     UTMSPACE (PUPW DIP.)
8           KRISNAVENII A/P RAJAN           UTMSPACE (PUPW DIP.)
9           MUHAMMAD HARRIEEZ ISKANDAR BIN HASBULLAH UTMSPACE (PUPW DIP.)
10          NUR ALIAH ELLYANA BINTI ABDULLAH             UTMSPACE (PUPW DIP.)

 

DSI_1761               DSI_1882          DSI_1876(1)

bpmi

Write a Reply or Comment