Majlis Pelancaran Hari Terbuka UTMSPACE

Sempena Hari Terbuka UTMSPACE yang akan diadakan pada 9 & 10 Jun  2012 ini, satu Program Jelajah Hari Terbuka akan berlangsung mulai 6-8 Jun 2012 di mana Pasukan UTMSPACE bersama KL FM akan menjelajah seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mempromomosikan Hari Terbuka UTMSPACE. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa satu Majlis Pelancaran / Flag Off pasukan Jelajah UTMSPACE bersama KL FM akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh  :  6 Jun 2012 (Rabu)
Masa    :  9.00 pagi
Tempat  :  Perkarangan Bangunan UTMSPACE, Kuala Lumpur

Untuk makluman, majlis tersebut akan dirasmikan oleh Yg Bhg Prof Madya Dr. Abdul Halim B. Abdul Raof, Pengarah Bahagian Program Pembangunan Profesional UTMSPACE bersama Pengarah Bahagian Program Radio KL FM, Hj Mohamad bin Mat Hussin. Sehubungan dengan itu, semua staf UTMSPACE Kuala Lumpur adalah dengan hormat dijemput untuk menghadiri majlis tersebut bagi memberi sokongan dan memeriahkan majlis Pelancaran / Flag Off tersebut.

Sekian, terima kasih.

You May Also Like

More From Author