Penyelenggaraan Mesin Generator

Adalah dimaklumkan pihak PNB akan membuat kerja-kerja penambahbaikan  iaitu menyelenggara mesin generator di bangunan UTMSPACE. Kerja-kerja tersebut akan bermula pada hari Khamis, 31 Mei 2012. Sehubungan dengan itu, pihak PNB akan menutup kesemua kuasa elektrik pada hari tersebut bermula 8.00 mlm hingga 12.00 tengah malam.

Selain itu, diminta kesemua staf untuk meletakkan kenderaan masing-masing di Aras ‘Basement‘ bagi melancarkan lagi kerja-kerja yang akan dijalankan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi BPPHT di sambungan 2312.

Sekian, terima kasih.

You May Also Like

More From Author