Lawatan Sambil Belajar – “Global Outreach Program” (GOP) London 2013

london_2423609b

Assalammualaikum

Tawaran adalah dibuka kepada semua staf UTMSPACE untuk mengikuti lawatan sambil belajar “GOP” (Global Outreach Programme) UTMSPACE ke London daripada 11 – 20 September 2013.

Tujuan utama program ini adalah untuk membuat lawatan ke University of Oxford, Imperial College of London, University of Reading dan University of Hertfordshire (dua daripada universiti tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan).

Pemohon yang ingin mengikuti program tersebut hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut;

i. Merupakan Staf tetap/kontrak yang mempunyai nombor dan kad pekerja UTMSPACE;
ii. Telah berkhidmat di UTMSPACE melebihi satu (1) tahun;
iii. Masih berkhidmat di UTMSPACE ketika hari lawatan;
iv. Mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 2012 dengan markah Penilaian Prestasi Tahunan staf mencapai sekurang-kurangnya 85%.

Pihak UTMSPACE hanya akan memberi sumbangan sebanyak RM2,500.00 sahaja, manakala kos selebihnya sebanyak RM3,000.00 hendaklah di tanggung oleh peserta. Memandangkan kos perbelanjaan harian di London adalah agak mahal, maka bajet penginapan dan belanja makan disana adalah secara bersederhana dan berjimat cermat.

Sekiranya saudara/saudari berminat sila isikan borang seperti berikut (borang Gop) dan dapatkan kelulusan daripada Ketua Pusat/Bahagian/Unit. Seterusnya sila dapatkan pengesahan penilaian akhir tahun 2012 daripada pihak UPMI dan kemudian serahkan kepada Pengarah Pusat Program Kerjasama UTMSPACE KL (u/p: En. Jeffri Mohamad Salleh) untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan atasan.

Permohonan hendaklah sampai ke Pejabat PPK tidak lewat dari jam 1.00 tengahari hari Khamis 21 Mac 2013.

Permohonan saudara adalah tertakluk kepada kelulusan akhir oleh Dekan/Pengarah Urusan UTMSPACE.

Sekian, terima kasih.

You May Also Like

More From Author