Ralat: Perlantikan Staff Baru

PuanMazuin
Assalammualaikum,

Dimaklumkan bahawa Puan Mazuin bt. Hamzah yang telah melapor diri pada 2 Mei 2013 di UTMSPACE, Kuala Lumpur adalah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Awam, UTMSPACE Kuala Lumpur di samping menjalankan tugas sebagai Eksekutif Pejabat Pengarah Urusan serta menguruskan hal ehwal berkaitan Lembaga Pengarah UTMSPACE.

Sehubungan itu mohon semua staf mengambil maklum serta dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau.

Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.