Assalamualaikum wbt.
Semua staf sama ada bercuti rehat/sakit atau menghadiri tugasan rasmi di luar pejabat adalah diminta untuk mengemaskini E-Log Book sekiranya staf boleh mengakses sistem dengan menyatakan status saudara pada tarikh tersebut. Bagi mana-mana staf yang tidak boleh mengakses sistem, staf adalah diminta untuk memaklumkan kepada En. Ariffuddin b. Yusof di BTMK melalui emel ariffuddin@utmspace.edu.my mengenai status saudara selepas kembali semula bertugas supaya sistem boleh dikemaskini oleh pihak pentadbir. Ini adalah untuk memastikan semua staf menjalankan tanggungjawab untuk mengemaskini E-Log Book masing-masing pada setiap hari.
Diharap perkara ini mendapat kerjasama semua staf agar pengurusan sistem dapat berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
0 thoughts on “Kemaskini E-Log Book”