Kemaskini E-Log Book

Assalamualaikum wbt.

Semua staf sama ada bercuti rehat/sakit atau menghadiri tugasan rasmi di luar pejabat adalah diminta untuk mengemaskini E-Log Book sekiranya staf boleh mengakses sistem dengan menyatakan status saudara pada tarikh tersebut.  Bagi mana-mana staf yang tidak boleh mengakses sistem, staf adalah diminta untuk memaklumkan kepada En. Ariffuddin b. Yusof di BTMK melalui emel ariffuddin@utmspace.edu.my mengenai status saudara selepas kembali semula bertugas supaya sistem boleh dikemaskini oleh pihak pentadbir. Ini adalah untuk memastikan semua staf menjalankan tanggungjawab untuk mengemaskini E-Log Book masing-masing pada setiap hari.

Diharap perkara ini mendapat kerjasama semua staf agar pengurusan sistem dapat berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

You May Also Like

More From Author

0Comments

Add yours

+ Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.