Undian Baju Korporat Terbaru UTMSPACE

Estimated read time 1 min read

Assalamualaikum WBT,

Sukacita dimaklumkan bahawa UTMSPACE akan membuat baju korporat baru untuk semua staf UTMSPACE.
Oleh itu, pihak Unit Komunikasi Pemasaran memohon agar semua staf membuat pengundian warna dan rekabentuk baju korporat tersebut.

Terdapat 3 pilihan rekabentuk dan warna yang boleh dipilih. Tuan/ puan boleh merujuk gambar seperti di bawah.
Undian tertinggi akan dipilih sebagai baju korporat rasmi UTMSPACE kelak.

Untuk membuat pengundian, semua staf diminta untuk mengundi baju pilihan dengan menaip baju pilihan anda di ruangan “Comment” pada post ini.

Baju Korporat 1 : Biru Terkois, Putih & Hitam
Baju Korporat 2 : Biru & Merah
Baju Korporat 3 : Hijau Tua, Kelabu & Hitam

[poll id=”2″]

Tempoh pengundian adalah selamat 14 hari bermula pada hari ini dan TAMAT pada hari Selasa 25 Jun 2013.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi unit Komunikasi Pemasaran JB di talian 07-5216867.

Terima kasih dan Selamat Mengundi!

korporat1

korporat2

korporat3

You May Also Like

More From Author

0Comments

Add yours
  1. 4
    Din

    Penggunaan kombo warna yang kurang menarik, terutama yang hijau yang tiada kontra warna yang dapat menarik perhatian, malah kelihatan suram dan membosankan.

    ironik sekali kerana rekabentuk no 3 adalah agak cantik, jadi timbul satu persoalan, kenapa menggunakan dua rekabentuk yang berbeza? Boleh tak kami mengundi untuk mendapatkan warna merah misalnya, tetapi dengan rekabentuk baju yang no 3?

  2. 11
    Din kecik BTMK

    Nak test pakai design baju No1. Lain dari lain dgn kolar baju melayu cekak musang. Harap ada pilihan warna lain dengan design baju ni.

    Design baju No.2 juga ok. tapi ada masalah dengan kombinasi warna. Macam staf pos malaysia.

  3. 13
    nur fatieha

    Baju Korporat No 2.

    Lengan baju untuk perempuan panjang ke @ 3 suku.
    Lepas tu kalo boleh buat butang baju tersembunyi….
    sebenarnya design baju korporat no 3 tu menarik cuma warna dia je yg kurang menarik. warna kelam je. apakata design ikut no 3 tapi warna ikut no 2…..

    tq…..

  4. 16
    BTMK-JB1

    Baju korporat No 1. Nak lengan panjang dan bukan 3 suku.labuh bawah punggung, xnak kolar kerana pakai tudung. nak gaya muslimah.

  5. 19
    BTMK - JB2

    Baju Korporat 1 : Biru Terkois, Putih & Hitam

    Note: Labuh baju bawah punggung, baju lengan 3 suku @ panjang..klu boleh nak lengan panjang.

  6. 24
    Nurul

    Baju korporat no 1.utk versi wanita mohon lengan panjang dan labuh baju melepasi punggung.tak perlu kolar.kualiti kain juga mohon ambil kira.terima kasih

  7. 38
    Farhan Khair

    Kombinasi warna agak tenggelam. Mungkin boleh tukar design yang menampakkan pakaian UTMSpace tampak lebih eksklusif. Hanya sekadar pendapat. Kerana semua staf mesti inginkan diri sendiri nampak bergaya.

  8. 61
    Syahida PPD

    Jika diambil kira pilihan 1 dah biasa tgk, pilihan 2 plak macam pos malaysia (bak kata Din Kecik), Pilihan 3 agak menarik, cuma warnanya terlalu Dull, tak ceria lansung..

  9. 63
    Sham, UBIPP KL

    My preference is certainly Baju Korporat 1.

    The colour really stands out from the rest and the three colours – black, turquoise, and white – blends together pretty well though.

  10. 73
    Ta Nun Shin

    No 1 : BalikĀ² hitam. Tahun 2007 dah guna la hitam.
    No 2 : Warna ceria tp mcm Pos Malaysia ek.
    No 3 : Design mmg pro. Tp warna ni xde aura UTMSPACE.

    Klu ada perubahan warna utk design no. 3 nt br sy vote la. tq

  11. 76
    Mohd Zulkifli Mohd Yunus

    Pilihan 3: Design yang menarik tetapi kombinasi warna yang tidak ceria. Cadangan: Hijau tukar ke merah, Putih kekal Putih dan Hitam tukar ke biru gelap. Kombinasi ini adalah warna utmspace.

  12. 83
    staff

    Saya Pilih Baju Korporat 1
    yang Penting, Kualiti Kain Tidak Mudah Kedut dan Mudah Digosok – contoh : kualiti material baju biru PPSM bermutu.

  13. 87
    zulkifli osman

    Maaaf. Rekaan biasa sahaja. Warna pilihan kurang menarik. Pilihan pertama, warna hitam tidak sesuai untuk semua orang & warna turquoise aadalah warna rasmi UIA. Prefer baju GOP PPSM ke Korea – warna, material & harga. Dicadangkan saiz standard S,M,L dll supaya cepat. Tq.

+ Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.