TABUNG SUMBANGAN INFAQ RAMADHAN & DERMA TABUNG KEBAJIKAN AM SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H/2013M

Merujuk perkara yang tersebut di atas,
adalah dimaklumkan pihak Komunikasi Pemasaran telah menerima permohonan daripada
Bahagian Pengurusan Organisasi , Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia
untuk permohonan kutipan derma daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN bagi
sumbangan infaq ramadhan & derma tabung kebajikan am sempena Ramadhan Al-Mubarak.
Tabung derma ada diletakkan di meja kaunter utama UTMSPACE.
Kepada staf yang ingin menyalurkan sumbangan boleh terus menyumbang di tabung tersebut sehingga 29 Julai 2013.
Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban bagi mereka yang memerlukan dan memberi seribu makna di bulan yang penuh kemuliaan ini.
Sekian terima kasih.

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.