UTMSPACE Sumbang RM 300,000.00 untuk Tabung Endowmen Ramadan UTM

dekan endowmen

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media yang telah diadakan pada 15 Julai yang lalu, UTMSPACE telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM 300,000.00 untuk disalurkan ke Tabung Endowmen Ramadan UTM.  Tabung tersebut telah dilancarkan pada 11 Julai di UTM Kuala Lumpur bersempena Ramadan 1434H.  Ia juga sebagai menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu IPTA memulakan inisiatif menubuhkan tabung endowmen di universiti.  Setakat ini, sebanyak RM 50,000 telah dikutip.  Tabung Endowmen UTM telah dimulakan pada tahun 2011 hasil wawasan mantan Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang. UTM menyasarkan kutipan Tabung Endowmen berjumlah RM 70 juta menjelang akhir tahun 2013.  Setakat ini, dana terkumpul adalah sebanyak RM 50 juta.

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.