Jemputan ke Majlis Sambutan Kemerdekaan UTMSPACE 2013

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Sempena ulangtahun ke-20 UTMSPACE pada tahun 2013 ini, pihak Marcom beserta ahli jawatankuasa acara dengan segala hormatnya menjemput semua staf UTMSPACE untuk menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat UTMSPACE di dua buah lokasi iaitu :

22 Ogos 2013 (Khamis) – untuk staf di UTMSPACE Kuala Lumpur
28 Ogos 2013 (Rabu) – untuk staf di UTMSPACE Johor Bahru.

Antara pengisian program ini ialah :

1. Sesi J-robik beramai-ramai dengan instruktor jemputan yang berpengalaman.
2. Pertandingan Pakaian J-Robik dengan tema kemerdekaan paling kreatif dan menarik (Hadiah disediakan untuk 3 orang pemenang)
3. Program Derma Darah
4. Kutipan Derma Tabung Pahlawan

Sarapan pagi menu sihat juga disediakan untuk semua.

Oleh itu, setiap unit diminta untuk menghantar penyertaan minimum seorang untuk menyertai pertandingan pakaian J-robik bertemakan kemerdekaan.
Semua staf juga diminta untuk memakai pakaian bersenam pada hari tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Komunikasi Pemasaran di talian 07-5216867 / 8128.

poster-merdeka-outline

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.