Program Explorasi UTMSPACE 2013

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

 

Sempena ulangtahun ke-20 UTMSPACE, pihak urusetia sambutan akan mengadakan satu pertandingan Explorasi UTMSPACE (Amazing Race) untuk staf UTMSPACE.

 

Berikut ialah maklumat mengenai acara tersebut :

 

Program Explorasi UTMSPACE 2013

28-29 Disember 2013 (Sabtu dan Ahad)

Penyertaan adalah untuk semua staf UTMSPACE sahaja.

 

Program ini akan bermula di UTMSPACE Johor Bahru pada Sabtu – 28 Dis 2013 dan akan tamat di Taman Botanikal, Ayer Keroh Melaka pada Ahad 29 Dis 2013.

 

Berikut adalah syarat Penyertaan

 

1.Terbuka kepada semua staf UTMSPACE

2.Penyertaan adalah sebanyak 20 buah kereta (maksimum)

3.Satu pasukan dalam sebuah kereta perlu mempunyai 4 orang ahli yang terdiri daripada lelaki dan perempuan (penyertaan staf adalah bebas tidak mengikut unit/bahagian)

4.Penyertaan adalah menggunakan kereta staf sendiri bagi setiap pasukan.

5.Kereta perlulah mempunyai cukai jalan yang sah dan pemandu juga perlu mempunyai lessen memandu D yang belum tamat tempoh.

6.Peserta perlu mempunyai ketahanan fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran dalam program explorasi.

7.Penginapan dan makan disediakan. Token akan diberikan kepada ketua pasukan bagi menampung kos tol dan minyak.

8.Penyertaan adalah muktamad dan pertukaran ahli selepas pendafataran pasukan tidak akan dilayan.

9.Staf yang menjadi peserta dalam program ini tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan / elaun makan/ perjalanan kerja lebih masa.

10.Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Sekiranya berminat untuk menyertai, ketua pasukan diminta menghantar borang penyertaan dan pengakuan yang telah lengkap diisi selewat-lewatnya pada 29 NOVEMRBER 2013 (JUMAAT) ke Marcom atau melalui emel ke marcom@utmspace.edu.my atau norisah@utmspace.edu.my

 

Sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi Norisah Shahrina – Reen di talian 07-5212019/ Marcom 07-5216867.

 

Muat Turun borang penyertaan & syarat penyertaan:

syarat EXPLORASI utmspace

Borang penyertaan explorasi utmspace 2013

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.