Satu sesi lawatan pemasaran ke Oman telah diadakan pada 17-18 Februari 2014. UTMSPACE diwakili oleh Y.Bhg Dekan/Pengarah Urusan dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa. Tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan hubungan sedia ada, menilai semula program semasa dan meninjau keperluan latihan 2014. Perbincangan telah diadakan dengan Royal Navy of Oman (RNO) dan Royal Air Force of Oman (RFO) serta kunjungan hormat kepada Director General (Administration & Finance), RNO. Mereka mengalu-alukan kedatangan UTMSPACE kerana menunjukkan komitmen dan kesungguhan terhadap kualiti penyampaian program. RAFO telah menyenaraikan 16 kursus jangka pendek dan RNO pula 2 program latihan jangka panjang untuk cadangan oleh UTMSPACE.
Prof. Dr. Khairul Anuar juga telah menyampaikan sijil tamat pengajian kepada Captain Salim.



