Lawatan ke JARO, Johor Bahru

Salam 1 UTMSPACE,

 

Pihak KESUKEB (Johor) melalui AJK Kebajikan akan menganjurkan sesi lawatan ke Johor Area Rehabilitation Organization (JARO). Butiran adalah seperti berikut :

 

Tarikh   :   15 Jun 2014

Tempat  :   2.00 petang

 

Pengenalan tentang JARO :

JARO merupakan sebuah pusat yang berperanan memasarkan produk hasil kerja golongan kurang upaya (OKU) di Malaysia. JARO terletak di Jalan Sungai Chat, Johor Bahru. Produk yang dihasilkan JARO termasuklah anyaman berasaskan rotan, batik dan songket. JARO juga menghasilkan barangan cenderahati dan menyediakan perkhidmatan menjilid buku secara manual. Terdapat 3 bengkel di dalam JARO iaitu bengkel jahitan, anyaman rotan dan penjilidan buku.

 

Pihak KESUKEB membuka penyertaan seramai 15 ahli bagi sesi lawatan ini. Bagi yang berminat, sila berhubung dengan Puan Noor Faezah bt. Osman (07 – 521 5171) sebelum 12 Jun 2014. Jom!

 

 

 

JARO

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.