MAJLIS IFTAR SEMARAK RAMADHAN & KHATAM AL-QURAN : UTMSPACE JOHOR

POSTER semarak ramadhan

Dikesempatan ini pihak KESUKEB UTMSPACE Johor berbesar hati menjemput dan mempersilakan seluruh ahli keluarga UTMSPACE (turut serta ahli keluarga tercinta) ke Majlis Iftar Semarak Ramadhan & Khatam Al-Quran.

Semoga dengan kehadiran seluruh ahli keluarga UTMSPACE bukan sahaja menyerikan dan memeriahkan lagi majlis malah dicucuri dan dilimpahi kerahmatan dan kesejahteraan daripada Ilahi serta dapat merapatkan jalinan silaturahim dan ukhwah sesama kita dalam kalangan ahli keluarga UTMSPACE

Turut jua, dikesempatan ini seluruh Ahli Jawatankuasa KESUKEB UTMSPACE Johor mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

***********************

(secebis titipan untuk perkongsian bersama)

Di antara kelebihan bulan Ramadhan adalah kerana Allah menurunkan al-Quran di dalam bulan ini. Firman Allah di dalam al-Quran:

 

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

 “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”

(Al-Baqarah: 185)

 

Bahkan, bukan al-Quran sahaja, sebaliknya kitab-kitab sebelumnya juga diturunkan di dalam bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

 

أنزلت صُحُف إبراهيم في أول ليلة من رمضان. وأنزلت التوراة لسِتٍّ مَضَين من رمضان، والإنجيل لثلاث عَشَرَةَ خلت من رمضان وأنزل الله القرآن لأربع وعشرين خلت من رمضان

 “Diturunkan suhuf Ibrahim pada malam pertama di bulan Ramadhan. Diturunkan Taurat pada hari keenam Ramadhan. Diturunkan Injil pada hari ke 13 bulan Ramadhan. Diturunkan al-Quran pada hari ke 24 bulan Ramadhan.”

 (Riwayat Imam Ahmad)

 

Di dalam riwayat yang diriwayatkan oleh Ibnu Marduweh dari Jabir bin Abdullah dinyatakan bahawa Zabur diturunkan pada malam ke 12 bulan Ramadhan dan diturunkan Injil pada hari ke 18 bulan Ramadhan. Khilaf adalah pada malam keberapa, tetapi berlaku kesepakatan bahawa semuanya diturunkan pada bulan Ramadhan.

 

Inilah yang difahami oleh generasi salafussoleh. Mereka menyimpulkan bahawa Ramadhan adalah bulan al-Quran.

 

Imam Syafie mengkahatamkan al-Quran sebanyak 60 kali setiap kali datang bulan Ramadhan. Imam Ahmad akan menutup buku-buku dengan maksud tidak lagi mentelaahnya untuk menumpukan kepada al-Quran dan ibadah lain di bulan Ramadhan. Di antara amalan Imam Ahmad di bulan Ramadhan adalah membaca al-Quran dengan banyak di dalam 300 rakaat solat pada setiap malam Ramadhan. Imam Malik akan menghentikan semua kelas-kelas pengajiannya untuk menumpukan kepada al-Quran. Imam Qatadah, seorang ulamak tabien mengkhatam al-Quran setiap tujuh hari pada bulan-bulan biasa. Tetapi di bulan Ramadhan, beliau akan mengkhatamkan sekali setiap tiga hari. Apabila sampai ke 10 malam terakhir beliau akan mengkhatam al-Quran sebanyak sekali setiap hari. Begitulah juga seorang lagi ulamak tabien bernama Sufyan al-Thauri, beliau akan meninggalkan amalan-amalan lain dan hanya memberikan tumpuan kepada al-Quran.

 

Ramadhan bulan al-Quran … ambillah peluang untuk meletakkan al-Quran di kedudukannya yang sebenar di bulan Ramadhan ini. Al-Quran adalah kitab untuk dibaca, ditadabbur, diamalkan, dijadikan hukum, dijadikan perlembagaan dan sebagainya. Imam Ibnu al-Qayyim ketika menafsirkan firman Allah:

 

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

 “Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

(Al-Furqan: 30)

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.