Lawatan Peserta GOP ke Deakin University, Australia

Peserta GOP seramai 20 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Deakin University, Burword. Ditubuhkan pada 1974, Deakin University merupakan sebuah universiti awam terkemuka di Australia dan mempunyai pelajar seramai 47,000 orang. Deakin University adalah sempena nama Alfred Deakin iaitu Perdana Menteri Kedua Australia. Ia mempunyai 4 buah kampus iaitu di Geelong, Warnambool, Burwood dan Melbourne. Untuk kedudukan universiti terbaik, Deakin menduduki tangga ke 6 di Australia dan ke 204 di dunia.

John Malany, Pengarah Eksekutif Deakin International, mengalu-alukan kedatangan UTMSPACE ke Deakin University. Beberapa ruang kerjasama telah dibincangkan seperti program Summer School, TAFE serta peluang pelajar UTM melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah sarjana Muda dan Sarjana di Deakin.

DSC_0139

DSC_0070

DSC_0206

You May Also Like

More From Author

+ There are no comments

Add yours

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.