Penyelengaraan Portal Sokongan UTMSPACE
Untuk Makluman semua warga UTMSPACE, Portal Sokongan akan ditutup buat sementara waktu untuk penyelengaraan. Segala urusan yang berkaitan boleh terus menghubungi pihak BTMK. Status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Segala kesulitan amat dikesali. HARAP MAKLUM.
Ralat: Perlantikan Staff Baru
Assalammualaikum, Dimaklumkan bahawa Puan Mazuin bt. Hamzah yang telah melapor diri pada 2 Mei 2013 di UTMSPACE, Kuala Lumpur adalah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Awam, UTMSPACE Kuala Lumpur di samping menjalankan tugas sebagai Eksekutif Pejabat Pengarah Urusan serta menguruskan hal ehwal berkaitan Lembaga Pengarah UTMSPACE. Sehubungan itu mohon semua staf mengambil maklum serta dapat memberi…
Permainan Futsal Anjuran KESUKEB JB
KESUKEB JB akan menganjurkan permain FUTSAL antara staf Tarikh: 8 Mei 2013 Waktu: 10.00 mlm Lokasi: Daiman Sri Skudai JB Yuran: RM5 sahaja.. Selebihnya ditaja oleh KESUKEB JB Semua staf dijemput hadir.
PINJAMAN PERKHIDMATAN KE GERBANG AL AZHAR SDN. BHD.
Sukacita dimaklumkan Gerbang Al Azhar Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang telah diberi lesen oleh KPT untuk menubuhkan Universiti Al Azhar Kampus Tuanku Muhriz, Malaysia telah bersetuju untuk melantik En. Salleh b. Kassim sebagai Pendaftar kepada Universiti tersebut. Oleh yang demikian, UTMSPACE bersetuju untuk melepaskan beliau secara pinjaman untuk bertugas di Gerbang Al Azhar Sdn. Bhd….
PELANTIKAN BARU
Dimaklumkan bahawa Prof. Madya Dr. Mohd Shafry b. Mohd Rahim yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Program Kerjasama, UTMSPACE, Johor Bahru akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi UTMSPACE Services Sdn. Bhd./Kolej SPACE bertempat di UTMSPACE, Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 15 Mei 2013. Tahniah di atas pelantikan ini. Diharap semua staf dapat memberi…
PELANTIKAN BARU
Dalam usaha untuk memperluaskan aktiviti pengantarabangsaan serta jaringan peringkat global, Pengurusan UTMSPACE telah melantik En. Zulkifli b. Osman sebagai Pengurus Besar, Hal Ehwal Antarabangsa, UTMSPACE Johor Bahru berkuatkuasa mulai 15 Mei 2013. UTMSPACE dengan ini melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi UTMSPACE Services Sdn. Bhd./Kolej SPACE. Untuk makluman, pejabat Hal Ehwal Antarabangsa ini juga…
PINDAAN TERMA PELAN KOMISEN 2013 UTMSPACE
Salam, Merujuk kepada Pelan Komisen 2013 dibawah seksyen pemberian komisen kepada staf, Perkara 3 & 4 bagi Program Pembangunan Profesional dan Bahasa Inggeris (customize & public). Terma penyertaan seramai 25 orang seperti yang terkandung dalam salinan awal telah dimansuhkan. Perkara tersebut telah ditukar kepada terma baru iaitu “Apabila penyertaan melebihi sasaran yang telah di tetapkan…
Tokoh Pembelajaran Sepanjang Hayat
Tahniah diucapkan kepada Pn Fathiah Bt Abdullah atas anugerah Tokoh Pembelajaran Sepanjang Hayat yang pertama kali diberikan kepada graduan UTMSPACE. Anugerah ini juga diberikan sempena dengan ulangtahun UTMSPACE ke-20 tahun dan Konvokesyen ke-50 UTM. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk dapatkan kejayaan cemerlang.
TARIKH PENGHANTARAN PENAMAAN CALON KESUKEBKL 2013/2014
Perhatian kepada Warga UTMSPACE Kuala 400-101 Lumpur, Tarikh akhir untuk menghantar Undi Penamaan Calon KESUKEBKL 2013/2014 adalah pada 8 Mei 2013 (Rabu) sebelum jam 5.00 petang. Tuan /Puan boleh menghantar Borang Penamaan Calon tersebut kepada En Fahmi/Cik Hidayah (SPACESHOPPE). **Sila dapatkan Borang Pemilihan dan Senarai Calon daripada MB2-702 Ketua Unit masing-masing kerana…