PEPERIKSAAN LAM BAHAGIAN I PROGRAM SARJANA MUDA SENIBINA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM
Adalah dimaklumkan bahawa PEPERIKSAAN LAM BAHAGIAN I PROGRAM SARJANA MUDA SENIBINA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh : 8 September 2015 (Selasa) Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : Dewan Seminar, UTMSPACE Kuala Lumpur Sekian, harap maklum
SELAMAT MAJU JAYA
Assalammualaikum w.b.t, Adalah dimaklumkan bahawa Pn. Zasmiza Binti Mat Zahari telah menamatkan perkhidmatannya di UTMSPACE pada 2 September 2015. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Sekian, terima kasih
PEPERIKSAAN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SEPARUH MASA SEMESTER 3 SESI 2014/2015
Assalamualaikum wtb, Sukacitanya dimaklumkan, Pusat Pengajian Separuh Masa (PPSM) UTMSPACE akan menganjurkan Peperiksaan Akhir Ijazah Sarjana Muda Separuh Masa Semester 3 Sesi 2014/2015 bermula pada 01 September 2015 hingga 04 September 2015. Sehubungan itu, harap maklum. Sekian, terima kasih.
TAKLIMAT PERSONAL DATA PROTECTION ACT
Pada 11 Ogos 2015, Unit Pengurusan Sumber Manusia telah mengadakan taklimat PERSONAL DATA PROTECTION ACT yang disampaikan oleh Dr. Zainal Abidin bin Sait, Timbalan Pengarah, Jabatan Perlindungan Data, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
SELAMAT MAJU JAYA
Assalammualaikum w.b.t, Adalah dimaklumkan bahawa En. Mohd Nur Firdaus bin Jamaludin telah menamatkan perkhidmatannya di UTMSPACE pada 19 Ogos 2015. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Sekian, terima…
MAKLUMAN BERKENAAN PROSES “ULV FOGGING” DI BANGUNAN UTMSPACE KUALA LUMPUR
Assalamualaikum wbt, Untuk makluman, PNB akan melakukan kerja PENGASAPAN ULV ( ULV FOGGING) di Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur. Kami memohon kerjasama dan perhatian dari warga UTMSPACE Kuala Lumpur untuk mengosongkan bangunan pada hari tersebut. Berikut butiran kerja yang akan dijalankan. Tarikh : 28 Ogos 2015 (Jumaat) Masa : 6.00 ptg hingga 12.00 tghmalam Kawasan terlibat:…
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI UTMSPACE JB
BAGI MENGERATKAN LAGI SILATURAHIM ANTARA KITA, UTMSPACE MELALUI JAWATANKUASA KESUKEB INGIN MENJEMPUT KE MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI UTMSPACE JB, PADA 09 OGOS 2015 (AHAD) JAM 12.00 TENGAH HARI. SELAMAT HARI RAYA!!
SELAMAT BERTUGAS
Assalamualaikum w.b.t, Sukacita dimaklumkan, Encik Mohamad Asri bin Ibrahim telah dilantik sebagai Eksekutif Akademik di Jabatan Sains, Pengurusan dan Alam Bina, Pusat Pengajian Diploma UTMSPACE Kuala Lumpur berkuatkuasa pada 3 Ogos 2015. Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan…
